Zakat fitrah wajib ke atas setiap Muslim yang hidup pada akhir Ramadan dan mempunyai lebihan makanan untuk diri dan tanggungannya pada malam dan hari raya. Ia dibayar sekali setahun, bagi setiap orang, termasuk bayi dan warga emas.
Ketua keluarga menunaikan zakat fitrah bagi dirinya dan orang yang wajib ditanggungnya, seperti isteri dan anak-anak.
| Waktu | Hukum |
|---|---|
| Sepanjang bulan Ramadan | Sunat |
| Selepas matahari terbenam hari terakhir Ramadan | Wajib |
| Selepas subuh hingga sebelum solat Aidilfitri | Afdal |
| Selepas solat Aidilfitri hingga matahari terbenam hari raya pertama | Makruh |
| Selepas hari raya pertama | Haram melewatkan, wajib qada |
Kadar fitrah ditetapkan setiap tahun oleh pihak berkuasa agama negeri. Kira jumlah untuk seisi keluarga di kalkulator zakat fitrah.
Rujukan: hadis Ibn Umar tentang kewajipan zakat fitrah (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim); mazhab Syafie.