Zakat ialah kewajipan mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu, apabila cukup syaratnya, kepada golongan yang berhak menerimanya. Ia Rukun Islam yang ketiga dan wajib ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat.
Dari segi bahasa, zakat bermaksud suci, tumbuh dan berkat. Dari segi syarak, zakat ialah bahagian harta yang wajib dikeluarkan apabila harta itu mencapai nisab dan cukup syaratnya, lalu diberikan kepada asnaf.
Zakat ialah Rukun Islam yang ketiga, selepas syahadah dan solat. Al-Quran banyak kali menyebut perintah menunaikan zakat bersama perintah mendirikan solat, antaranya dalam Surah al-Baqarah ayat 43.
Surah at-Taubah ayat 60 menyenaraikan lapan golongan asnaf: fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Di Selangor, kutipan dan agihan zakat diurus oleh Lembaga Zakat Selangor.
Semak sama ada anda wajib zakat di syarat wajib zakat, kemudian kira jumlahnya dengan kalkulator zakat.